Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) diiktiraf sebagai badan sukan kebangsaan bertaraf lima bintang oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) bagi tahun 2018.

Keputusan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Badan Sukan Kebangsaan 2018 itu dimaklumkan PPS menerusi surat yang dihantar kepada Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab.

“Sukacita dimaklumkan pejabat ini sudah selesai mengadakan sesi penilaian Penarafan Bintang terhadap badan sukan kebangsaan pada Disember 2018 yang lalu.

 

“Sehubungan dengan itu, badan sukan Y.Bhg Dato/Tuan/Puan dikategorikan sebagai badan sukan yang mendapat lima (5) bintang berdasarkan kepada penilaian yang dibuat dan diharapkan dapat mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang,” tulis kenyataan itu.