Pelumba kebangsaan kita Nur Amirul Fakhrudin Marzuki berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara jalanraya yang dimenangi oleh Nur Aiman Mohammad Zariff tahun lalu di Vietnam, sekaligus mencapai sasaran pingat yang ditetapkan oleh OCM dan MSN dalam acara jalanraya. Alhamdulillah.
Apa yang menarik percaturan yang dilakukan oleh kedua jurulatih dari pasukan benua TSG dan Sapura benar-benar menjadi kenyataan hari ini.
Acara Lepas Beramai-Ramai Lebuhraya Lelaki
Emas - Malaysia
Perak - Indonesia
Gangsa - Filiphina
Tahniah buat kesemua pelumba, jurulatih dan pegawai yang telah bertungkus-lumus untuk merealisasikan sasaran emas negara.
Barisan pelumba yang diturunkan hari ini termasuklah:
Nur Amirul Fakhrudin Marzuki
Nur Aiman Mohamad Zariff
Nuraiman Rusli
Akmal Hakim Zakaria
Mohd Shahrul Mat Amin.
Tahniah.