NILAI: Impian pelumba pilihan hangat, Sany Syahmi Mohd Shafiee untuk menyarung jersi kebangsaan musnah apabila terjatuh di selekoh kedua terakhir menuju ke garisan penamat pada Kejohanan BMX Kebangsaan 2022 di Trek BMX Kebangsaan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan semalam.
Pelumba Terengganu Hanelang itu sedang selesa mendahului 7 lagi pelumba dan kelihatan hampir pasti untuk mengucup kejuaraan kebangsaan 2022 kategori elit lelaki sekali gus mengesahkan slot tiket ke Kejohanan Lumba Basikal BMX Asia 2022 (BMX ACC) September nanti.
Namun impian Sany Syahmi tidak kesampaian apabila dia terlanggar basikal seorang lagi tonggak Terengganu Hanelang, Amer Akbar Anuar terjatuh lebih awal ketika cuba untuk memintas pendahulu perlumbaan ini.

Tahniah buat Dato’ Azizul Hasni Awang meraih kilauan Pingat Emas di Kejohanan 125th Austral Wheelrace! 🥇
Bagi pihak seluruh exco,ahli majlis dan ahli gabungan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Ab Samah Abd Wahab,
merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan ini. Terus harumkan nama 🇲🇾 di persada dunia.
#DemiMalaysia #DemiPertiwi #PKBM#PersekutuanKebangsaanBerbasikalMalaysia.
 
 

UCI ONLINE LEVEL 1 COACHING COURSE WCC KOREA 2022

- Muhammad Sorhaizard Bin Omar (Kedah)

ROAD TRAINING CAMP MEN JUNIOR,WCC KOREA 2022
10 June - 8 July

- Amir Mustafa Rusli (Coach)
- Muhammad Adam Danish Bin Afdzal (Johor)

ROAD TRAINING CAMP FOR FEMALE,WCC KOREA 2022
15 July - 10 August 2022

- Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri (Coach TSG)
- Nur Fitrah Binti Shaari (Kedah)

Go to Top
JSN Solid 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework