Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk Haji Abu Samah Abdul Wahab, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, telah meninggal dunia pada kira-kira jam 7 malam, 28hb November 2023 di Melaka.

Allahyarham yang telah memimpin PKBM semenjak tahun 1990 merupakan seorang tokoh yang amat komited kepada sukan berbasikal, dan disegani bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi di peringkat antarabangsa.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehin, dan diberikan keampunan oleh Allah SWT.

Seluruh barisan kepimpinan dan kakitangan PKBM, serta warga komuniti sukan berbasikal mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, termasuklah Naib Presiden PKBM, Tuan Haji Norazman Abu Samah.

Jasa dan pengorbanan Allahyarham akan sentiasa kami kenang dan sanjung.

#PKBM #MNCF #MalaysiaCycling

 

𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 : Datuk Abu Samah Abd Wahab
𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧: En Mazlan Md Jail

𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 :
Dato' Amarjit Singh Gill
En Mohd Saiful Abdul Jalil
Dr Za'im Ahmad
En Norazman Abu Samah
Tuan Khairy Jamaluddin

Final Men Keirin World 2020 Berlin, German


Men Sprint World 2020 Berlin, German

Go to Top
JSN Solid 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework